Saturday, 2 February 2013

MINGGU KELIMA

TAJUK 5 : MEMBINA dan MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

5.1 Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu 
5.2 Prosedur Pembinaan Laman Web Pembelajaran Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
5.3 Membina dan Menggunakan Tapak Pembelajaran dan Laman Web Bahasa Melayu.

Pengenalan 
  • Tapak pembelajaran ialah satu tempat yang menyimpan pelbagai halan web dimana halamn tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet.
  • Tapak pembelajaran ini menempatkan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya.

Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu 



Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran


BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Reka bentuk paparan skrin
Haruslah yang menarik, mudah
2
Grafik
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
3
Font atau muka taip
· Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
· Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
· Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
· Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.
Ikon
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)
Pautan hyperteks
· Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
· Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
Format gambar
· Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
        · Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
       · Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.
Format fail gambar
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.
Animasi
· Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
· Animasi multimedia lebih kompleks
· Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
· Penggunaan SWF(Macromedia Flash) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.

Tuesday, 29 January 2013

MINGGU KEEMPAT

TAJUK 4 : PEMILIHAN BAHAN INTERNET UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

4.1  Memilih Bahan Sastera
4.2  Memilih Bahan Tatabahasa
4.3  Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain

Pengenalan
  • Bahan  pengajaran dan pembelajaran kini boleh di peroleh bukan sahaja daripada buku - buku teks malah boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang merupakan salah satu sumber dalam menyumbang bahan - bahan pengajaran. Kita boleh mendapatkan bahan - bahan daripada negeri dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Memandangkan internet mempunyai kesan yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran, pengguna perlu melakukan penilaian dan pemilihan terhadap bahan- bahan yang ingin digunakan malah langkah penyesuaian juga perlu jika sesuatu bahan sumber maklumat itu mengandungi gabungan unsur yang sesuai dan tidak sesuai.
4.1 Memilih Bahan Sastera
  • Bahan sastera merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusasteraan yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding bahan yang lain.
  • Genre sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau kandunagn tertentu.
  • Guru perlulah memilih bahan yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid - murid bagi menjamin kebersanan proses p&p.
  • Berikut merupakan jenis - jenis sastera:
  1. Pantun 
  2. Syair 
  3. Gurindam
  4. Seloka
  5. Puisi
  6. Cerita Pendek
  • Pemilihan bahan mestilah berkaitan dengan unsur - unsur kesusasteraan. Menurut Hashim Awang, unsur - unsur yang terdapat dalam kesusasteraan adalah sperti berikut :
  • Pemilihan bahan sastera juga perlu mengambil kira aspek - aspek berikut :
4.2  Memilih Bahan Tatabahasa
  •  Tatabahasa - bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu bahasa.
  •  Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa :
  1. Kata Nama
  2. Kata Hubung
  3. Kata Kerja
  4. Kata Sendi Nama
  5. Kata Nama Khas
4.3  Memilih Bahan Bidang Ilmu Lain
  • Merujuk Sukatan pelajaran Bahasa Melayu, konsep 5P yang diperkenalkan telah memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran merentas bidang ilmu yang lain.
  • Contoh bahan bidang ilmu yang lain :
  1. Bidang Agama 
  2. Perubatan 
  3.  Sejarah