TAJUK 5 : MEMBINA dan MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
5.1 Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
5.2 Prosedur Pembinaan Laman Web Pembelajaran Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
5.3 Membina dan Menggunakan Tapak Pembelajaran dan Laman Web Bahasa Melayu.
Pengenalan
- Tapak pembelajaran ialah satu tempat yang menyimpan pelbagai halan web dimana halamn tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet.
- Tapak pembelajaran ini menempatkan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya.
Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran
BIL
|
PERKARA
|
HURAIAN
|
1
|
Reka bentuk paparan skrin
|
Haruslah yang menarik, mudah
|
2
|
Grafik
|
Susun atur paparan skrin:
(i) Seimbang : kedudukan teks
(ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
(iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
|
3
|
Font atau muka taip
|
· Standard yang terdapat dalam semua komputer ialah Arial dan Times New Roman.
· Saiz tajuk pula harus sesuai menggunakan fon yang mudah untuk dibaca.
· Fon yang sesuai untuk isi kandungan pula pada saiz 10-12.
· Bagi penggunaan warna fon pula harus berlainan seperti:
- Ketebalan
- Italic
- Bergaris
- Warna dan saiz fon berlainan.
- Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat.
|
Ikon
|
Reka bentuk yang sesuai dengan topik
Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang)
| |
Pautan hyperteks
|
· Terdiri daripada cebisan teks dan maklumat dalam bentuk grafik atau video.
· Maklumat disambung antara satu sama lain melalui pautan yang hasilnya tidak berbentuk linear iaitu tidak ikut urutan
| |
Format gambar
|
· Bagi memudahkan memuat turun gambar di dalam tapak pembelajaran ialah menggunakan format seperti:
- JPEG (* .jpeg)
- GIF (* .gif)
· Melalui format ini fail yang terhasil lebih kecil saiznya supaya lebih mampat untuk lebih pantas dimuat turun.
· Tidak digalakkan menggunakan(bmp),(.tga), (.tif), (.pch) keran saiznya yang besar.
| |
Format fail gambar
|
Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb.
| |
Animasi
|
· Satu siri gambar yang disusun atau ditayangkan satu per satu dengan begitu cepat sehingga kelihatan sperti satu gerakan.
· Animasi multimedia lebih kompleks
· Hanya digunakan pada paparan yang sesuai
· Penggunaan SWF(Macromedia Flash) digalakkan kerana saiz yang lebih kecil.
|










No comments:
Post a Comment