Friday, 11 January 2013

MINGGU PERTAMA



TAJUK 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

1.1  Mengguna Web, Video, Audio dan Imej
1.2 Menggunakan Kata Kunci, Frasa yang Sesuai Untuk Mendapatkan Bahan   Pengajaran Bahasa Melayu.
1.3 Menyimpan Bahan Dalam Bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet
 
1.1  Mengguna Web, Video, Audio dan Imej  

1.1.1 Menggunakan Laman Web

  • Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
Contoh alamat pembekal maklumat internet:
  • www.yahoo.com
  • www.yahoo.co.uk
  • www.yahoo.com.my
  • www.google.com
  • Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet pada kotak pencari.
  • Bahan video boleh  didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
  • Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.

  • Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
  •  Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.

1.2 Menggunakan Kata Kunci, Frasa yang Sesuai Untuk Mendapatkan Bahan   Pengajaran Bahasa Melayu.

  • Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperoleh ke dalam kotak pencari. 




    • Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.

    • Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
    • Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

    1.3 Menyimpan Bahan Dalam Bentuk Alamat Internet dan Katalog Internet
    • Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
    • Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
    • Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.
    • Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.
    Pantun Melayu
    http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm
            
    Memperkasa Pantun Melayu
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2008&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ren cana&pg=re_09.html
    • Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. 
    • Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan. Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
    Tajuk

    URL

    Sinopsis

    • Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang telah dinyatakan di atas dan
      pindahkan ke dalam kotak seperti yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Masukkkan
      tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat contoh di bawah.

      Tajuk
      Peribahasa Melayu
      URL
      http://www.karyanet.com.my/bahasa/peribahasa_sm/simp.php?pageNum_simpulan=2&sim
      pulan_abjad=a
      Sinopsis
      Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai
      peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
      Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.






    No comments:

    Post a Comment